Tuesday 27 March 2012

Karangan: Ekpedisi Sambil Bekerja

Pada 25 haribulan March tahun 2012, Segerombolan pekerja ANC telah megadakan satu ekpedisi sambil bekerja ke Putrajaya. Ekpedisi itu dilakukan di Taman Botani atau nama mat sallehnyer dikenali sebagai 'botani garden'. Kami telah dikerahkan untuk berada di stesen putra lrt sentul pada pukul 8 pagi. ( Pengumuman penting : kepada sesiapa yang terlewat akan ditinggal..Jangan sentap cik nad). Tepat pada pukul 8.15 pagi, kami bergerak menaiki sebuah kereta merah menyusur di atas jalan menuju ke destinasi. Pemanduan selama sejam oleh pemandu kami atau istilah kasar 'driver' kami (Jangan sentap cik ani) membolehkan kami tiba mengikut waktu yang di'bajetkan'
Setibanya di sana, kami beratur bersama pengunjung lain untuk mendapatkan tiket masuk atau nama lainnya tiket sewa basikal  ( jangan sentap cik rina, cik ani & cik nad.. memag sengaja suh korang beratur coz nak g posing..jangan sentap tau..bukti ada kat bawah ni..hakhak..)

Setelah selesai membayar sewa basikal (RM4/PERSON), Kami menuju ke tingkat bawah untuk mendapatkan basikal masing-masing. Tetapi malang tidak berbau terjadi kepada salah seorang kumpulan kami kerana telah mendapat basikal jepun. (Jangan sentap cik ani..)


Setibanya di setengah perjalanan, kami memberhentikan basikal untuk menikmati pemandangan tasik sebelum meredah bukit (Cuba lihat di bawah). Pelbagai gelagat yang kami sempat rakamkan (Sorry u olls.. jangan sentap..)






Salah seorang ahli kumpulan kami telah menangkap beberapa keping foto yang menyentapkan kami. ( I main upload jer.. jangan sentap u olls)
Oleh kerana ketiadaan kerja, tayar basikal telah dijadikan mangsa oleh jurufoto kami.

Ekpedisi kami berakhir dengan aktiviti peluk tiang. (Malu weh..)

Untuk tidak menhampakan kami, Pemandu became tourist guide telah membawa kami megunjungi Taman Warisan.


Di taman ini, kami dapat melihat pelbagai jenis pokok buah-buahan. Tetapi oleh keran pokok ini tidak mengeluarkan buah, maka dengan sengajanya kami stress. Oleh itu satu pertunjukkan perangai sebernar kami diadakan.




Lebih menyedihkan lagi apabila pemandu pelancong kami menunjukkan muka hodonya yang sememangnya tak berapa hodoh (Jangan sentap cik ani..)



Karangan saya ini disudahi dengar kunjungan ke gerai minuman. Kami memesan minuman berasaskan kelapa iaitu air kelapa muda dan coconut shake (Melayunye ape????)




Karangan: Sila kira sendiri patah perkataan
Pemarkahan adalah berdasarkan 100%
Kesilapan ejaan dan tatabahasa perlu diambilkira.

Terima kasih.



No comments:

Post a Comment