Tuesday 27 March 2012

Karangan: Ekpedisi Sambil Bekerja

Pada 25 haribulan March tahun 2012, Segerombolan pekerja ANC telah megadakan satu ekpedisi sambil bekerja ke Putrajaya. Ekpedisi itu dilakukan di Taman Botani atau nama mat sallehnyer dikenali sebagai 'botani garden'. Kami telah dikerahkan untuk berada di stesen putra lrt sentul pada pukul 8 pagi. ( Pengumuman penting : kepada sesiapa yang terlewat akan ditinggal..Jangan sentap cik nad). Tepat pada pukul 8.15 pagi, kami bergerak menaiki sebuah kereta merah menyusur di atas jalan menuju ke destinasi. Pemanduan selama sejam oleh pemandu kami atau istilah kasar 'driver' kami (Jangan sentap cik ani) membolehkan kami tiba mengikut waktu yang di'bajetkan'
Setibanya di sana, kami beratur bersama pengunjung lain untuk mendapatkan tiket masuk atau nama lainnya tiket sewa basikal  ( jangan sentap cik rina, cik ani & cik nad.. memag sengaja suh korang beratur coz nak g posing..jangan sentap tau..bukti ada kat bawah ni..hakhak..)

Setelah selesai membayar sewa basikal (RM4/PERSON), Kami menuju ke tingkat bawah untuk mendapatkan basikal masing-masing. Tetapi malang tidak berbau terjadi kepada salah seorang kumpulan kami kerana telah mendapat basikal jepun. (Jangan sentap cik ani..)


Setibanya di setengah perjalanan, kami memberhentikan basikal untuk menikmati pemandangan tasik sebelum meredah bukit (Cuba lihat di bawah). Pelbagai gelagat yang kami sempat rakamkan (Sorry u olls.. jangan sentap..)






Salah seorang ahli kumpulan kami telah menangkap beberapa keping foto yang menyentapkan kami. ( I main upload jer.. jangan sentap u olls)
Oleh kerana ketiadaan kerja, tayar basikal telah dijadikan mangsa oleh jurufoto kami.

Ekpedisi kami berakhir dengan aktiviti peluk tiang. (Malu weh..)

Untuk tidak menhampakan kami, Pemandu became tourist guide telah membawa kami megunjungi Taman Warisan.


Di taman ini, kami dapat melihat pelbagai jenis pokok buah-buahan. Tetapi oleh keran pokok ini tidak mengeluarkan buah, maka dengan sengajanya kami stress. Oleh itu satu pertunjukkan perangai sebernar kami diadakan.




Lebih menyedihkan lagi apabila pemandu pelancong kami menunjukkan muka hodonya yang sememangnya tak berapa hodoh (Jangan sentap cik ani..)



Karangan saya ini disudahi dengar kunjungan ke gerai minuman. Kami memesan minuman berasaskan kelapa iaitu air kelapa muda dan coconut shake (Melayunye ape????)




Karangan: Sila kira sendiri patah perkataan
Pemarkahan adalah berdasarkan 100%
Kesilapan ejaan dan tatabahasa perlu diambilkira.

Terima kasih.



Friday 23 March 2012

sama lagi ke tempatnyerr...(Question???)


Ya la.. sama lagi...atau u all nak sogo jer...( Bos answer.....).

Tak nakkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!! (Staff plak jawab.....)... Sama pun sama la bos... asalkan jangan sogo.. tempat lepak kitaorang kat situ....(Staff pasrah...)




So.. klu muka pasrah camni la jadinya...senyum2x kambing dah la....



 Tiap2x tahun annual dinner Company ni buat tempat yang sama.. mana lagi klu bukan Shang-ri la hotel (betul ke spelling tu???)... so mana-mana staff yang dah 4 tahun kjer.. maknanya 4 kali la jugak datang hotel ni....

Tahun depan pun dah tau... confirm la tempat yang sama gak cuma meja jer changes... so tak payah la nak poning2x cari jalan jah oiii.... redah jammed jer.. tu pun kejap klu direct dari 'opis'...





muka kekenyangan....

Thanks bos.. banyak2x credit la we all kasi sama u all...




Friday 16 March 2012

BANANA Split..kah????


  


Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.


Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).


Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.


Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.


Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda
.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.


Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stress:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!




Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.


Sumber: http://www.gilerkentang.com/

Wednesday 14 March 2012

CUCI THE MUZICAL- Last Kopek




Mai sini cek bagi jalan citer dia dulu yerk...:-)

Cuci The Musical: Last Kopek! mengisahkan empat beradik, Fairil (Abang paling besor...Aflin Shauki), Khai (abg paling baik la katakan..lam citer tu jer..huuhu...Hans Isaac), Jojo (Abg rockers kiter tp dalam hati ada taman..Awie) dan C’Tan (Yang sememangnyer klako tuu..Nabil) yang mempunyai satu impian untuk menyertai pertandingan Window Washing Olympics. Perkenalan empat beradik dengan CJ atau Siti Jasmin (gadis lemah lembut (Wanida Imran) n sexy..kata si khai la coz otak dia tak leh nak function ngan betul), pemilik syarikat Kalthum Holdings yang telah memberikan peluang untuk mereka bertanding di dalam pertandingan yang menawarkan ganjaran yang lumayan. Wira (Chinese boy yang mempunyai ayat skema..lebih dari kiter org mlayu nih..)yang sememangnya menaruh hati pada CJ menjadi pesaing utama kepada pasukan Cuci Cuci Services.
Kejujuran Khai telah menambat hati CJ dan berlaku juga bibit-bibit percintaan antara Khai dan CJ serta Jojo dan Farah (Dina Nazir) yang disebabkan oleh pisang goreng. Fairil yang selalu bercita-cita besar untuk membawa Cuci Cuci Services mencapai tahap yang lebih tinggi telah melakukan sesuatu yang dilluar jangkaan sehingga menyebabkan mereka semua berpecah belah dan C’Tan yang begitu terkesan dengan perbuatan abangnya yang sanggup bekerja untuk Wira Holdings. Pertandingan tersebut dijalankan sekali lagi untuk berlaku adil. Cuci Cuci Services telah menyingkirkan Fairil dan menggantikan tempatnya dengan Farah.
Ancaman dari Wira tidak pernah berhenti dan di dalam cubaannya menggagalkan kemenangan Cuci Cuci Services, Fairil telah menyelamatkan adik-adiknya dari perbuatan keji Wira itu. Namun, mampukah C’Tan memaafkan perbuatan abangnya itu? Ikuti kisah empat beradik yang dipenuhi dengan kisah pahit, manis, gembira, sedih dan diselangi dengan rangkaian lagu-lagu yang mengasyikkan ini kelak.....:-)




Hak..hak...Dikira nasib manusia la jugak tu... dapat 1st hall dan dapat duduk depan2x plak tu...tu la orang kata ' tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia saper yang tau kan..kan...????? haha...

 

Actually 'kitorang' dapat tiket last n kena duduk third wall (hall paling atas)...so klu camtu... xsyok la kan..tapi ntah ape yang kena ngan diorang tu baik hati sangat...tukar tiket kami turun ke bawah...so dapatla 1st hall........


 Credit to Miss Eja & Miss Siela... Coz Dapatkan tiket & transport untuk 'adik'..yerk..haha.. (muntah hijou)


Muka puas hati....bak kata kami...'muka blagak'....haha

                                       



Peace no war...



 Last credit..First time tengok teater....


k..take care...



Friday 9 March 2012

Tak tau nak cakap ape da....%^&###@@





Hari-hari lakukan rutin yang sama..6.30a.m.. bagun tido..siapkan diri dan breakfast (Peringatan..breakfast itu penting tau!!!!!)...9.00am.. masuk kerja sampai 6.00pm (Masa 8 jam untuk perah otak dan guna tulang 4 kerat cari rezki..alhamdulilah dengan nikmat yang diberiNya..).. 6.00pm balik rumah naik train (menyelit-nyelit like 'sardin' dalam tin tu....aduyai..smua nak kejar masa.klu x.. masa pancung kiter..tak ke naiya nanti..hukhuk..) .. 7.00pm siapkan diri menanti malam (Time nak rehatkan badan dan minda la katakan.. dan laksanakan tanggungjawab sebagai umatNya....)

kalau ye pun..kjer-kjer gak..tp sosial life kena ada gak..even kiter ni 'workerholic' la katakan..hakhak
workerholic sebab nak cari duit.. tampung hidup..time muda-muda la nak cari smua tu..tua-tua bagi badan rehat plak......tak gitu???...huhu






 wekend-wekend tu kuar la tengok dunia luar skit...
cari entertaiment....



soooo... bila gegirl ni dapat kuar...camni la jadinya...(jadi la muka sposen..hakhak)









   

 

Goodies..godiess...ni pun jadi la...dah tak keruan...

release ketentionan.......

K..TAKE CARE...